DCL - De Classic Life (M) Sdn. Bhd - Laman Web Rasmi

Wednesday
Jan 07th
  • Daftar Masuk
  • Sign up
    Pendaftaran
    Ruangan bertanda dengan asterisk (*) adalah diperlukan.
    Nama: *
    Nama Pengguna: *
    E-mail: *
    Kata Laluan: *
    Pastikan Katalulan: *
Text size
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Utama arrow Informasi arrow Keratan Akhbar arrow Pemimpin cemerlang DCL dirai
Pemimpin cemerlang DCL dirai PDF Cetak E-mail

ImageKUALA LUMPUR: Lebih 700 pemimpin atasan pengedar produk De Classic Life (M) Sdn Bhd (DCL) diraikan dengan penuh meriah dalam Majlis Gala Dinner Kebangsaan 2007 di sini, kelmarin.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif DCL, Datuk Stapa Omar berkata majlis berkenaan diadakan buat kali ketiga bagi mengumpul pengedar selain memperingati ulang tahun ke-10 syarikat terbabit.

"Kami ingin meraikan mereka yang cemerlang dan komited terhadap DCL yang kini mencecah sepuluh tahun. Mereka yang hadir ini terdiri daripada wakil setiap negara pasaran produk DCL seperti Indonesia, Brunei dan Singapura.

"Selain itu, beberapa pengedar turut dianugerahkan Pingat Crown Ambassador dan Pangkat Crown Director iaitu peringkat tertinggi dalam sistem Pemasaran Multi Peringkat (MLM)," katanya pada majlis itu di sini,semalam. Hadir sama Pengasas kedua yang juga isterinya, Datuk Azlina Che Abdullah.

Pada majlis itu juga, Stapa berkata DCL turut memberi penghargaan menerusi anugerah khas kepada ibu bapa pengedar cemerlang."Selain itu, kami turut mengiktiraf dua pengedar cemerlang menerusi Anugerah Khas Piala Datuk Stapa dan Anugerah Khas Piala Datuk Azlina,"katanya.

Sehingga kini, syarikat jualan langsung milik penuh Bumiputera itu melahirkan kira-kira 100,000 usahawan Bumiputera. Stapa berkata, syarikat kini mempunyai lebih 300,000 pengedar diseluruh negara pasarannya.

"Kami sasar untuk mendapatkan 150,000 pengedar baru menjelang tahun depan selain menambah bilangan pembabitan golongan muda menceburi bidang MLM ini," katanya.

Publication :      HM
Date :     20/11/2007
Page Number :     20
Headline :     Pemimpin cemerlang DCL dirai
 

 
Seterusnya >

WebSegera Pengedar

Berita Baik!!! WebSegera Pengedar telah dilancarkan dan sedia menerima tempahan. Klik sini untuk maklumat lanjut!

WebSegera Pelanggan

Berita Baik!!! Laman Web Segera Pelanggan telah dilancarkan dan sedia menerima tempahan. Klik sini untuk maklumat lanjut!

 

Statistik Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini572
mod_vvisit_counterSemalam749
mod_vvisit_counterMinggu Ini2135
mod_vvisit_counterBulan Ini4847
mod_vvisit_counterKeseluruhan165030
Rakan Niaga Strategik Usahawan Terbilang Enterprise - Teknologi Web & Pemasaran Internet

Info Bantuan

Khidmat Sokongan dalam Talian dibuka pada Isnin Hingga Jumaat

9 Pagi Hingga 5 Petang:

03-4149.8285   03-4149.8285

info@dcl.com.my   info@dcl.com.my

   Yahoo! Messenger:

CS1:  wanmohdshazly

Dalam Talian

Kami ada 15 tetamu online